• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • di kala bosan & berputus asa...

    Friday, June 25, 2010
    kalau bosan:

    * duduk termenung depan tv, sambil layan ape jer channel yg tgh on. buat-buat fokus, kalo housemates tanya pasal jalan citer.. jawab kat dorang .''ape, ko ingat aku ke tukang tulis skrip citer ni??

    * sama juga, duduk depan tv tapi belek jari-jemari dan kuku anda. amek pembaris, pensel dan kertas. buat aksi mengukur jari dengan penuh tekun. kalo housemate tanye ngah wat pe, cakap je kat dia..
    ''aku nak cari ilham, wat puisi ke sajak ke lagu ke drama ke utk jari aku neh.

    * seterusnya, paling best kalo kartun Spongebob tengah main kat tv. Sambil tengok,
    sila wat aksi mimik muka yang pelik-pelik. kalo kawan-kawan heran.. cakap camni
    'nak test leh tak aku wat muka cam Spongebob tu, nak audition watak dia kalo de.

    * kalo dah bosan duk dpn tv, angkat dari kerusi dan terus pergi dapur. ulang alik dari
    dapur ke depan tv. sambil buat aksi pegang perut. kalo dorang tya ko sakit perut ke?
    jawab je,
    '' taklah, aku nak tunggu turn masuk bilik air ni tapi nak amek feel dulu tgok
    makanan kat lam rak makanan tu.

    * keluar masuk bilik, sambil buat muka gelisah dan pegang henfon. kalo orang tanya,
    jangan jawab. pandang muka dorang utk 2 saat, pastu teruskan aktiviti kuar masuk
    bilik. pastu masuk bilik dan tutup pintu bilik, gelak kuat2 kat lam bilik.

    ini pula tips kalo tengah berputus asa:

    * duduk melangut depan rak kasut. susun semua kasut, pastu selerak kan.. susun
    balik dan ulang sampai bosan. cakap kat kawan-kawan, jangan tanya ape ko buat. sebab ko tgh amek feel motivasi daripada para kasut yg selalu dipijak hari2

    * cari makanan kat dalam peti sejuk, keluarkan. cek tarikh luput, buang yang rosak.
    pastu siap announce kan date expired benda2 tu semua pastu sebut Rest in Peace sebelum buang dalam tong sampah. Kenape? Terapi kot tu, utk buang semua benda yang buat kita putus asa tu.

    * tengok tv ke, dvd atau buku atau majalah. pastu share kan ngan kawan-kawan hasil
    dapatan dari benda tu semua. cakap dgt semangat dan penuh dramatik. kalo dorang tak layan, tolong buat muka seposen. cakap kat dorang, ko perlukan semua tu untuk dapat kembali motivasi.

    * tido. tapi pasang alarm 15 minit bunyi sekali.bangun, keluar kejap dari bilik, pastu
    masuk lagi tido dan ulang la sampai penat. pastu tido betul betul lama. mesti dorang
    risau tahap ketuk pintu bilik kuat-kuat. jgn bgn, teruskan tido. dah bangun nanti,
    cakapkan dorang yg ko mimpi buat benda tu tadi. hahaha cuak dowh dorang.

    * lastly.....tulis blog dan merapu-rapu. bukan de orang baca pun kan. hahahaha mari
    gelak sama-sama, kuat sekali kalahkan vuvuzela!

    0 comments: