• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • donate blood, save life!

    Thursday, October 7, 2010
    *google image*

    haloooooo..... hari ni telah derma darah secara tak terancang. last week mmg ada hati nak donate tapi xde kawan plak. so ingatkan dah miggu nie dah xde Blood Drive dah.. rupa-rupanya, ada lagi... yeayy sangat happy.

    so Diana pun ajak la gi derma darah kat KUO (kolej ungku omar, UKM). habis je kelas demo, ktrg g lunch dulu. kasi penuh itu perut baru blh la berbuat bakti kan. sbb ada gak kes before ni aku tipu Doctor tu cakap dah makan. dah siap lepas saringan BloodType, Hemoglobin level semua tup tup, Blood Pressure tak cukup. Hah, amek ko... Doctor tu suruh gi minum milo dulu. huhuhu

    aku terjebak dengan aktiviti derma darah nie since masuk 1st Year degree dulu, adalah dalam 7 tahun dah tapi setakat nie cuma sempat derma 8,9 kali je. haha, bukan apa..kdg2 time ada drive tu kebetulan dalam keadaan takleh derma. aku nie mana la rajin sangat nak gi spital atau BloodBank semata-mata nak derma darah....

    setakat ni, belum ada masalah kot derma darah. yang paling teruk pun masa 2nd time dulu. itu pun sbb pas derma darah, aku gi panjat naik bukit KIY tu balik bilik. elok je sampai kan pusat sumber, terus rasa nak pitam. bayangkan kalo aku terpitam masa ngah daki bukit, tak ke naya aku tergolek-golek mau nya sampai depan DAM kot. huhu.....

    aku nak share gak pasal ke-fobia-an pasal derma darah ni. rata-rata tak nak sebab takut:

    1. sakit kena cucuk jarum. (hek eleh, macam kena gigit kerengga je lah korang)

    2. takut gemuk (tak patutttt, aku turun 2kg adalah)

    3. komplikasi lain ( kalau berat badan lebih 45kg, cukup tido, cukup makan dan sihat tubuh badan, takde masalah punya.)

    4. penyakit berjangkit (jarum steril dan tak recycle, aku tak faham tang mana org leh sangsi benda camni)



    tapi.. ada gak beberapa kes terpencil seperti:

    * nurse baru, masa nak cucuk jarum tu dia tak reti sangat cari urat darah. amek ko, dia gi tercucuk bawah kulit... apa lagi, lebam satu lengan penderma. pasrah je lah.

    * penderma jenis tak bersenam, darah slow giler nak pam penuhkan beg darah. lastnye, darah tu tak pat guna pun sbb takleh nak fill isipadu (hatta paling sikit 250ml sekalipun)

    * hah, yang paling kesian.. org yg mmg nak derma tapi salu tersekat sebab tak lepas paras hemoglobin dan tekanan darah. takpe lah, next time cuba la lagi ;)

    kesimpulannya, hari ni sangat letih pas derma darah, maybe sbb dah sthn tak derma kot.

    p/s: saya darah jenis AB iaitu penerima Universal. saya bangga berdarah AB yang mana hanya merangkumi <10% populasi dunia.

    4 comments:

    1. neena said...:

      I temasuk kategori xlepas paras hemoglobin. setelah 2 kali percubaan beriya nk derma darah. sob sob. Rupanya talasemia wakaka..hampeh.

      Btw, cute teplate ^.^

    1. the fickle one said...:

      hai neena :) kesian tapi at least dah tau talasemia kan. nasib baek tak derma, kalo tak parah jadinya. huhu, i ada kawan talasemia tapi dia tak tau. time nak derma tu lepas la plak, last2 tak tau nape pas derma satu lengan dia biru lebam. huuhu

    1. neena said...:

      kesiannya dia...hemoglobin dia ok kot kan...=)

      miss u nana!!

    1. the fickle one said...:

      ok kot, tu yg lepas... but mmg rasanya org yg hemoglobin tak lepas tu harus cek ada talasemia ke tak. huhu...
      miss u too neena!