• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • still takde bekalan air!

    Wednesday, July 28, 2010
    arghhhh! SYABAS diucapkan kepada SYABAS, sebab berjaya menyebabkan kawasan Tmn Tenaga tiada bekalan air bersih untuk hari yang kedua. kalau ada notis pemberitahuan xpe la jugak, boleh simpan air dalam baldi. ini apa pun tarak..... nak harapkan air tangki dalam rumah, berapa gelen je yg ada. kalau nak guna untuk makan minum masak mandi dan segalanya, ntah-ntah setengah hari je dah habis.. bengong tul lah...

    kononnye ada paip pecah pagi semalam... ape yang dorang amek masa lama sangat nak ganti paip pecah tu???ini dah melalui masa 24jam, berapa byk masa lagi diperlukan........ waduh, kalau begini terus boleh jadi ikan masin la warga penghuni kat sini.

    air yg berbaki dalam tangki pun kena catu gak, kalo mandi pun 3-4 gayung je pakai (nie ape kes, macam cerite P.Ramlee daaa) gelas dan pinggan dalam sinki dah bertimbun tu xde air nak cuci. nie blum lagi kes yang sakit perut, nak buang air kecik. aduh aduh, jgn la habis air dan cepatla air tu datang balik. silap haribulan, toilet rumah nnt jadi bau tandas awam daa..

    aiyoooo.. air cepat la datang semula...

    kilasan masa depan?

    Monday, July 26, 2010
    sekiranya diberi peluang untuk melihat kilasan masa depan kehidupan, apakah jawapan anda.. ya atau tidak? tak tau lah sama ada ramai yang masih ingat atau tidak tentang kewujudan buku cerita pada zaman sekolah rendah sekitar tahun 1994-1996, buku yang amat menarik kerana pembaca diberikan pilihan untuk memilih jalan cerita yang digemari. perlu diingatkan bahawa setiap pilihan itu, akan memberikan kesudahan cerita yang berbeza.

    malangnya, hidup bukanlah buku cerita. yang mana kalau tak suka ending yang tercetus hasil pilihan kita, boleh mulakan sekali lagi. hidup hanya sekali, mati sudah pasti. segala keputusan besar atau kecil; penting atau remeh adalah faktor-faktor penting yang menentukan kelangsungan kehidupan kita. ah, mana mungkin bisa diulang kembali. melukut di tepi gantang, bahkan menangis la hatta keluar air mata darah sekali pun. masa depan dan hidup yang telah dipilih itu jugalah yang kau dapat!

    lantas, minda serba kreatif dan 'self-denial' mula menerjah pemikiran. alangkah baiknya jika itu, jika ini telah ku buat atau tidak ku lakukan. lagi bagus kalau kilasan masa depan terjelma di ruangan mata. kalaulah benar begitu, apa seronok nya hidup? di mana erti kehidupan itu sendiri?

    pelbagai falsafah telah dicipta oleh ahli falsafah, penulis skrip, penulis novel, pemuzik dan lain lain lagi. semuanya memberikan tafsiran masing-masing terhadap erti sebuah kehidupan.

    ''hidup itu sebuah pentas lakonan dan setiap daripada kita ialah pelakonnya''

    ''hidup seperti roda, sekejap di atas dan sekejap di bawah''

    ''jikalau kehidupan itu kapal, kitalah nakhodanya''

    ''kehidupan itu ialah suatu perjalanan mencari kendiri''

    ''if you never love, you never live''

    berbalik semula kepada kilasan masa depan, apa pilihan anda?

    ya, keinginan yang sangat mendalam untuk mengetahui masa depan sebelum waktu nya. risikonya, berdepanlah dengan apa sahaja yang anda mungkin tidak suka. jujurnya, ramai yang lebih rela tidak tahu. kebenaran itu sangat pahit. tidak suka kilasan anda? mungkin cuba sebaik mungkin untuk elakkan semua yang bakal terjadi... kalau masih boleh. pandangan peribadi saya, jangan biarkan apa yang dilihat menghantui anda. hiduplah seperti sebelumnya.

    tidak, lagi baik jika semua terjadi tanpa pengetahuan. terus melakukan semua yang disukai, digemari tanpa mengetahui akibatnya. bukan kah itu cara terbaik iaitu untuk belajar dari pengalaman? klise bukan.... itu namanya risk taker :) seperti kata petikan dari filem Forest Gump:

    ''Life is a box of chocolate, full of surprises!''

    kadang-kadang terfikir juga, apa suprises dalam sekotak coklat? adakah coklat pelbagai perisa, berintikan kekacang atau jeli, coklat hitam atau putih, atau mungkin juga....coklat expired yang berulat ;p

    akhir kata, hidup terlalu pendek untuk dibazirkan dengan kerisauan... selami dan cintai kehidupan, walau sesukar manapun. ingat, senyum lah dan ketawalah... tak payah bayar pun.

    oh sunny day!

    Friday, July 23, 2010
    happy feeling, sepertinya berjaya mendaki bukit sampai ke puncak


    yeah, today is such oh a sunny day here. hati pun sunny gak, sebab semalam dah jumpe mem
    and discuss about thesis. perasan gak dia macam dah berubah sikit, cakap ngan kitorang pun ala-ala mama. kira pas jumpe dia, ada gak la semangat nak siapkantesis yg lama sgt tertangguh ni. mama kata: " i give you 3 months''
    saya dalam hati kata: ''baiklah, akan berusaha sedaya upaya''. bak tagline NTV7, i feel good...

    hari ni jugak, berjaya tukar bedding rumah depa Lotso, Didi, Diego & Dona. Bagi dorang mandi manda, borak-borak sikit. Yelah, hamster pun pets gak. kena la dimanjakan kadang-kadang ;P

    sebelum tu, rasa sangat sangat mengantuk. So buka external HD, belek belek movie ape nak layan. Last nye, tgk Zombieland je. Haha, sumpah aku tak tau citer ni mmg takde unsur seram. Lawak bodoh ade lah. Just ok utk menghilangkan rasa ngantuk

    p/s: to that special someone out there... am missing you damn much lah.

    ::Penawar Rindu::

    Monday, July 19, 2010
    Hari nie, bangun awal daripada biasa. Almaklum lah, aku nie kan spesial terlebih. Orang lain buat postgrad study semua rajin-rajin belaka, aku ni pulak pemalas tak ingat daa.. Ada agenda yang menuntut diriku menapak tunggu bus Rapid seawal 9pagi. Kalau hari-hari biasa, jam sebegini dok bergolek-golek sambil peluk teddy bear je ;)



    So, pendek kata urusan hari ni berjalan ok. Thanks God there is light at the end of the tunnel, at least dapat jadi demonstrator kat bebudak degree tu, ada lah sikit penjanaan sumber ekonomi. Lepas nak kalau takat nak byr bil tepon, broadband, sewa rumah dan sebagainya. Ambik ko, tu lah orang suruh rajin buat labwork, rajin jumpe lecturer, rajin buat tesis... Ko buat slumberr je, sekarang padan muka mu wahai the fickle one! Jangan la satu-satu nya peluang ni ter-di-sia-siakan plak yer (reminder kat diri sendiri yg spesial).



    Dan juga, rasa sangat best sebab dah lama tak jumpe bestfrens merangkap labmates aku yang sangat happening. Tu la yg dok lepak and borak and gosip, dari kafe fakulti sampai la ke bakery. Rasanya pakcik bakery windu kot ngan ktrg, sbb salunya muka-muka nie la yang dok perabis kopi dia. (Pakcik patut amik kami jadi duta bakery, sebab ktrg dah byk sumbangkan keuntungan kat dia). Borak punya borak, baru pasan dah jam 1.30++. Terus teringat nak balik rumah.. windu kat Didi.



    Sampai rumah, tetibe perasaan nak layan Youtube. tak tau nape tangan sangat berjiwa klasik hari ni.. terjatuh hati sudah dengan lagu keroncong penyanyi zaman 70-an, Kartina Dahari. sangat mendayu dan membelai jiwa seh lagu-lagu beliau.. layanzzzz... Mula la rasa melankolik melanda diri. emosi sungguh daku ini...



    Apa-apa pun, tujuan sbenar post ni nak share lirik lagu Penawar Rindu nyanyian Datin Orchid Abdullah. lagu ni adalah salah satu daripada banyak lagu evergreen yang aku suka. Kononnye aku ni berjiwa oldskool gak lah.. tak salah kalau nak menghargai & menghayati sesuatu kan...


    Well, here is the lyric.. Nyanyi la sama-sama :)

    Orkid Abdullah

    Penawar Rindu

    Penawar rindu padamu seorang
    Kenapa selalu semangatku dikau puja
    Penawar rindu padamu seorang

    Resah tak sanggup menanggung di jiwa
    Salah tak tahu kasih bermula
    ( ulang 2X )

    Bermula
    Peristiwa, dalam ingatan
    Kasih tercipta

    Penawar rindu padamu seorang

    Senyuman kuberi sungguh bermakna
    Tetapi sayang kau tak ketahui
    ( ulang 2X )

    Tak ketahui
    Hingga ku merana, merajuk hati
    Membawa diri

    Penawar rindu padamu seorang
    Kenapa selalu semangatku dikau puja
    Penawar rindu padamu seorang

    ::me being a typical Sarawakian ^_^

    Saturday, July 10, 2010
    10. Sarawak Peppers (Black & White)

    * stock them as many as i can, put inside my luggage and bring them back to W.Msia.
    * a packet of 5 small bottles like picture above, cost me around RM10 the most, pass them
    around as souvenir or keep it in the kitchen as food saviour.
    * can't find any substitute for Sarawak local peppers (seriously). Other brands seem to be lack
    of the ommph taste (found out that because they mix it with rice or corn flour).
    * well, enough said if i tell you that---> MY BOWL OF SOUP MUST HAVE PEPPERS!



    9. Curry Powder the 888 Brand

    * I can't explain one thing and that is why curry (sarawak or at my home) taste different than
    curry here? Is it because of the curry powder used or the cooking method?
    * But i sure know how to cook a feel-so-home curry.. (yeay to me). the secret lies in...
    Serbuk Kari cap 888!
    * Always buy lots of this to bring back. Anytime i miss mum's curry, i'll cook my own.
    * Nothing beat chicken curry with hot steamy rice...argh...salivating!



    8. The Golden Terung Dayak/Terung Iban/ Sarawak Tomato

    * Found only in Sarawak, this fruit (or vege?) is awesome! Has a sour taste to it.
    * Can be fried, throw in soup, ulam or anything. My favourite recipe is to cook it with Smiling
    Fish Sardines in Sauce (no.7) That will give you sweet, sour & spicy dish.
    * Grandma grew them in the farm, but this vege is kinda seasonal. Will be easier & cheaper to
    get during harvesting time (paddy) i guess..



    7. Smiling Fish Sardines in Chilli Sauce

    * The one that always manage to make me forgot my diet (kononnya).. white rice with
    this.. one word= YUMMY!
    * It's a Thai brand, and i can't find it here in Kajang OR Bangi Or anywhere...
    * Mummy know better, always remind me to buy. And yes, there is another brand
    (Wee)... not as good as this one



    6. Ikan Gonjeng Masin (Salted Fish)

    * Not a must, but will be good if stored at home for emergency use.
    * There is time where... the crave for something salty arise, aite?


    5. Rempah Laksa Sarawak

    * Who will leave Sarawak without this??? No one.
    * Well, i have build the reputation of being a Laksa cooker among friends. And this
    rempah, is a must have in the fridge.


    4. Ikan Terubok Masin

    * Not a fan of it, too bony for me.
    * A famous item among the local and tourist.
    * May i say, it can be our 3rd mascot after Horbill & Orang utan


    3. Kicap Tong Nam

    * I know, why the hell this Kicap is so important?
    * Because we can't buy it here in Peninsular.
    * Ask any sarawakian you know, Tong Nam is one thing in common, we can't live with out it.


    2. Kek Lapis Sarawak

    * They are in beautiful layers, patterns and flavours.
    * You are mesmerize by its look, melted by its taste.
    * Nothing beat them, not even Secret Recipes.
    * A famous souvenir from Land of the Hornbill


    1. The Unbeatable Kolo Mee

    * You board a flight to somewhere out of Kuching, you smell something.. you smell food
    * hey sorry, that is just my kolo mee tapau in my hand carry. (be careful so that you don't get
    caught). wrapped them nicely, no smell no fuss.
    * getting used to tapau a lots of this everytime went back to hometown. people will keep on
    asking to help them tapau.

    aku suka, aku minat giler kat dia...

    Tuesday, July 6, 2010
    yes... memang aku suka sangat, minat sangat kat dia.
    semakin hari, semakin mendalam perasaan tu.
    dia takde la hensem macam pelakon Hollywood
    atau mana-mana aktor Bollywood.
    dia juga tidak macho, jauh lagi gagah perkasa.
    tinggi dan kurus, memang tak menarik kot
    bagi sesetengah orang.

    kenape aku sukerr gila kat dia..
    sebab dia macam kamus bergerak,
    ensiklopedia, wikipedia dan sezaman dengannya.
    kalau dia bercakap pasal knowledge,
    memang macam bertih jagung meletup..
    lajuuuuu dan tepat je.
    memang orang sekeliling dia jengket kot
    ngan dia ni.
    rupa sangat nerd... i like kot...

    rambut dia sangat serabai, panjang plak tu.
    paling tak boleh blah, siap selit kat belakang telinga.
    tapi daku maafkan saje....
    kebelakangan ini, dia selalu pakai baju
    warna ungu.
    wah wah, lagi lah terpikat you..
    salah satu warna fav aku kan ungu...

    aku rasa, sebab dia bijak & pintar
    tu lah aku minat tahap gaban
    hari-hari skodeng kelibat dia
    hahaha.....nak tau sapa dia??
    nak? nak?...

    suspen!
    jeng jeng jeng..
    nama dia Dr. Spencer Reid watak dalam
    cite Criminal Minds daa....
    wahahaha.. kan dah kena.
    sekarang season 4 dah hbs kat 8tv,
    kat US plak dah hbs season 5.
    wah, tak sabar rasanya tggu season baru.
    sebab nak tgok analisis team dorang
    ke atas perangai penjenayah,
    sekaligus membina profil untuk
    membantu penangkapan penjahat ni.
    sangat sangat menarik dan best.

    hmmm... agak bosan, pening lagi nak wat kerja.
    so, merapu lah kat sini...
    jangan maraaah ah,
    siapa marah, kena jual :)

    they say that a picture speaks thousand words

    Monday, June 28, 2010





    went to Putra Jaya with friends on a hot afternoon after satay Kajang.

    some of pictures that i manage to capture with my cheap camera :)

    no mood to jot feelings today, so just share pic of thousand words...