~ada apa dengan stesen komuter ~
Saturday, January 23, 2010

haa... nak buka cerita ada apa dngan stesen komuter, bukan filem Ada Apa dengan Cinta ek.. apa-apa pun, itulah 1st indonesian film aku minat. sbb Nicholas Shahputra mmg hensem and berlakon pulak cam selamba dan cool habis =) Back to the point, apa yg hebat sgt ngan stesen KTM ni sampai nak buka crite? well well well.. ni hasil observation aku spjg kesetiaan aku menggunakan public transport ni. Seperti diketahui, Komuter ni durasi perjalanan dan destinasi dia jauh sikit berbanding ngan LRT dan Monorail, maka secara tak langsung nye, byk lah masa kita spend duduk or berdiri bersesakkan kat dalam perut mesin tu. Nak dijadikan modal untuk aku yg suka observe human behavior, adalah tempat yg paling best lah. Macam-macam ragam manusia kita nampak kan lam ktm ni. Yg baik dan busuk hati, yg diam dan yg ingat ktm tu bapak dia punya.. etc etc..
yang baik hati, bila de golongan tua atau yg kurang upaya berdiri, dorang ni lah yg akan bg tempat duduk dorang kata insan-insan yg memerlukan kan ni. yg busuk ati? penah seseorang ni (yg memang muda belia dan sihat tubuh badan) g duduk plak tempat yg org baik ati ni offer kat org tua. pe kes??? nak kate hari batu, batu pun leh pecah.. hati titanium kot. Ada plak yg suka pasang lagu kuat-kuat, sorry to say.. salu nyer lagu ala-ala filem Hindustan yg berkumandang ye.. nsb baik dia tak bergelek terus kat lam gerabak tu. dah lah sesak, macam2 bau, ketenangan telinga pun tergugat, memang bikin angin satu kepala je. Kes pick pocket? haiz... Syukurlah aku x penah kena tapi pernah jadi saksi laa.. Ada sorang minah ni terjerit2 kata hp dia hilang. dia letak kat poket belakang sluar di.Pastu dia miskol hp, si pick pocket mmg kat depn dia je.. pe lagi, dia cekak leher mamat pencuri tu, dia jerit2 satu tren. memang babak 18sG lah.. mamat tu mmg salah pick victim, sbb minah tu ngan rambut kaler kalah Paris Hilton, nampak sangat rock dia.. wa caya lah sama lu ;p.. dia mmg dah nak sepak terajang pun mamat tu, tapi nsb baik ada para pakcik yg menenangkan dia. huhuhu.. sampai skrg aku terfikir-fikir apa lah jadi kat si pick pocket tu. Salah tu mmg lah sbb mencuri, tapi biar lah bg handle kat polis. jgn nak amik tindakan sndiri.. tu serba sedikit karenah manusia yg aku jumpa... kiranya, it's a small gerabak full with life lessons if we try to be sensitve to see more than the surface.
next, ni yang serious sikit.... 1st benda kita buat sampai kat stesen KTM, kita beli tiket kan..semua orang tau mana nak pergi. kalo tak tau tu, sbb kita lum decide atau tgh tgu master mind bgtau idea nak g mana. pastu, kite tgk platform mana satu nak tgu tren kite tu. kalau salah platform, alamatnya salah naik tren lah nanti.

ada apa dengan stesen komuter? ada destinasi yang berbeza, arah yang berlawanan.. one decision effect the other. ada gerabak yg penuh, tak selesa tapi menuju ke tempat yg hendak dituju. ada gerabak yg kosong, sejuk dan selesa tapi malangnya bukan destinasi dituju. what ever it is, tepuk kepala dapat jawabannya.
Love, Hope and Faith. The greatest of all is LOVE.
0 comments:
Post a Comment