• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • kilasan masa depan?

    Monday, July 26, 2010
    sekiranya diberi peluang untuk melihat kilasan masa depan kehidupan, apakah jawapan anda.. ya atau tidak? tak tau lah sama ada ramai yang masih ingat atau tidak tentang kewujudan buku cerita pada zaman sekolah rendah sekitar tahun 1994-1996, buku yang amat menarik kerana pembaca diberikan pilihan untuk memilih jalan cerita yang digemari. perlu diingatkan bahawa setiap pilihan itu, akan memberikan kesudahan cerita yang berbeza.

    malangnya, hidup bukanlah buku cerita. yang mana kalau tak suka ending yang tercetus hasil pilihan kita, boleh mulakan sekali lagi. hidup hanya sekali, mati sudah pasti. segala keputusan besar atau kecil; penting atau remeh adalah faktor-faktor penting yang menentukan kelangsungan kehidupan kita. ah, mana mungkin bisa diulang kembali. melukut di tepi gantang, bahkan menangis la hatta keluar air mata darah sekali pun. masa depan dan hidup yang telah dipilih itu jugalah yang kau dapat!

    lantas, minda serba kreatif dan 'self-denial' mula menerjah pemikiran. alangkah baiknya jika itu, jika ini telah ku buat atau tidak ku lakukan. lagi bagus kalau kilasan masa depan terjelma di ruangan mata. kalaulah benar begitu, apa seronok nya hidup? di mana erti kehidupan itu sendiri?

    pelbagai falsafah telah dicipta oleh ahli falsafah, penulis skrip, penulis novel, pemuzik dan lain lain lagi. semuanya memberikan tafsiran masing-masing terhadap erti sebuah kehidupan.

    ''hidup itu sebuah pentas lakonan dan setiap daripada kita ialah pelakonnya''

    ''hidup seperti roda, sekejap di atas dan sekejap di bawah''

    ''jikalau kehidupan itu kapal, kitalah nakhodanya''

    ''kehidupan itu ialah suatu perjalanan mencari kendiri''

    ''if you never love, you never live''

    berbalik semula kepada kilasan masa depan, apa pilihan anda?

    ya, keinginan yang sangat mendalam untuk mengetahui masa depan sebelum waktu nya. risikonya, berdepanlah dengan apa sahaja yang anda mungkin tidak suka. jujurnya, ramai yang lebih rela tidak tahu. kebenaran itu sangat pahit. tidak suka kilasan anda? mungkin cuba sebaik mungkin untuk elakkan semua yang bakal terjadi... kalau masih boleh. pandangan peribadi saya, jangan biarkan apa yang dilihat menghantui anda. hiduplah seperti sebelumnya.

    tidak, lagi baik jika semua terjadi tanpa pengetahuan. terus melakukan semua yang disukai, digemari tanpa mengetahui akibatnya. bukan kah itu cara terbaik iaitu untuk belajar dari pengalaman? klise bukan.... itu namanya risk taker :) seperti kata petikan dari filem Forest Gump:

    ''Life is a box of chocolate, full of surprises!''

    kadang-kadang terfikir juga, apa suprises dalam sekotak coklat? adakah coklat pelbagai perisa, berintikan kekacang atau jeli, coklat hitam atau putih, atau mungkin juga....coklat expired yang berulat ;p

    akhir kata, hidup terlalu pendek untuk dibazirkan dengan kerisauan... selami dan cintai kehidupan, walau sesukar manapun. ingat, senyum lah dan ketawalah... tak payah bayar pun.

    1 comments:

    1. cik tim said...:

      sangat sastera ini bahasa. tiba2 mode membaca saya telah bertukar *double smile*