• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • ...kaBhiE kaBhiE mEin LiFe...

    Saturday, August 14, 2010
    ...kabhie kabhie mein life? bunyi pelik je kan, bahasa apa ntah.. ni dapat daripada filem Hindi aku tengok petang tadi. Kabhie kabhie mein life ni maksud dia kadangkala dalam kehidupan.. sangat catchy kalau sebut. makanya, hari ni aku tulis entry guna tajuk ni. sebab banyak sangat benda yang terjadi dalam hidup, kadangkala kita terlepas pandang hal yang kecil atau remeh.

    sebelum tu, aku nak bagitau follow up cheesecake dalam entry sebelum ni :P Cheese cake tu sangat sedap tapi agak cair lah. hampir 2 jam gak aku kukus dia, last-last give up nak tggu dia keras. aku off api, bagi dia sejuk suhu bilik pastu sumbat la dalam peti sejuk untuk semalaman. esoknya tak sabar potong dan ngap lam mulut. memang sedap lahh... rasa cheese lemak berkrim disukai ramai. next time kalo buat, kena remind diri sendiri tak yah bubuh fresh milk. rasa-rasanya itu la penyebab kek aku lembik semacam jer, nasib baek lah masih boleh dimakan ;)

    minggu lepas juga, pesta konvo ke-38 kat ukm. kalo ikutkan planning dulu-dulu, aku dan kawan-kawan memang la nak konvo sesama tahun ni. tapi apakan daya, memang mencabar sangat perjalanan master ktrg ni. salah kat attitude sendiri, faktor penyelia, faktor chemical dan expertise dan mesin smua. pendek kata memang sangat memberikan dugaan, ada masa memang rasa nak give up je. semangat tu mmg lama dah hilang, nak kutip balik pun memerlukan keberanian yang besar. labmates n aku semua 4 orang, sampai sekarang ni memang lum ada yg grade lagi (aih.. macam badi je kan tapi mesti la bukan, ni pemalas namanya). kadang-kadang terfikir juga, apa lah yang susah sangat nak habiskan master ni tapi ye lah.. we human can only plan, everything else in God's hands.

    dan masa aku melepak ngan kawan-kawan kat bakery kegemaran, tiba-tiba terlintas sesuatu kat fikiran aku. ada kawan ktrg kat lab lain konvo tahun ni. kiranya dia adalah yg pertama berjaya konvo dari pusat pengajian biosains batch aku. dia ni sempoi je, dari degree sampai lah master. kalo ikutkan expectation, mmg ada ramai lagi batch ktrg yg buat research gempak tambah supervisor dorang memang baik gilerr. tup tup, kawan yg low profile ni plak yang grad dulu. so, aku mencetuskan suatu idea ni..

    buah fikiran aku:

    walau betapa baik bahan @ asal sesuatu benda atau manusia, in the end bergantung kepada persekitarannya juga. contohnya, kalau student tu dapat 1st class honour dan memang rajin orang nya dalam study tapi kalau keadaaan dan kelengkapan makmal tidak sempurna ditambah lagi dengan penyelia yang mungkin kurang menyelia.. akhirnya>> kita boleh teka apa kesudahannya nanti. seperti juga kalau buat kek keju (alang-alang dah cerita cheese cake tadi kan), kita guna keju paling mahal, begitu juga bahan-bahan lain. tetapi, kalau pembikin kek tidak mahir, kalau suhu oven tidak seswai.......cheesecake tidak akan menjadi seperti yg diharapkan.

    dalam minggu ni jugak, aku membaca semula buku Tuesday with Morrie tulisan Mitch Albom. Ni dah masuk kali ke-3 dah kot aku baca. Sangat suka buku author ni sbb apa yg dia tulis membuatkan aku berfikir, merenung dan refleksi balik kehidupan aku. Apa sebenarnya yang memberi erti kepada kehidupan kita? Adakah harta benda, status atau kebendaan yang lain.... atau adakah ia berkaitan dengan apa yang kita berikan kepada orang di sekeliling kita? Adakah dengan berbuat sesuatu yang dilakukan oleh semua orang itu memberi makna dan kepuasan kepada diri kita?

    dan semalam juga aku mendapat berita bahawa uncle bestfren aku coma sebab heart attack. terkedu masa kawan aku call, terkejut dan sedih. walaupun tak la rapat mana pun dengan uncle tu tapi memikirkan yang anak-anak dia masih kecil... memang menahan sebak di dada juga masa tu. kehidupan, memang tak terjangka.. sekejap ketawa sekejap berendam air mata. in that blink of an eye or a heartbeat, anything can happen! mengkombinasikan buku bacaan aku dengan perihal uncle, pengajarannya.... if you were to tell anybody how you care or love them, tell them now when you still have time. don't wait for the right moment, the right moment is now!

    pray to God that he have mercy on Uncle George and works His miracle on him. and pray that his family will be strong and surrender everything unto Him.

    0 comments: