• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • ::terowong gelap dan harapan::

    Tuesday, January 25, 2011
    Kau pernah alami peristiwa gangguan elektrik atau black out? Lagi best kalau kena waktu malam-malam. Kalau masa tu kat tempat yang familiar takpa jugak, jalan raba-raba cari lilin ke lampu picit ke. Hah, cuba masa black out tu engkau kat tempat yang kau tak pernah pergi. Sumpah engkau memang tak tau kat mana pintu, kat mana tingkap. Terkurung kat unknown place, gelap gulita hitam pekat. Apa kau rasa? Takut kan, tak keruan... dan memang berusaha sedaya upaya nak keluar dari tempat tu. Rasanya kalau kau jumpa pemetik api, mesti perasaan kau masa tu macam kena tiket loteri ke jackpot ke yang nilai juta juta tu.

    Itu cuma cerita black out baii.. Cuba bayangkan kalau blackout semalaman... Mau nya kau tak tidur satu malam gak. Ye lah, dengan panasnya tak ada kipas atau penghawa dingin... Lengkap lagi dengan imaginasi segala cerita hantu seram yang kau pernah tengok selama ni. Nah, ambil kau siapa suruh suka sangat layan cerita hampeh picisan. Jangan bohong lah kalau kau kata tak takut dengan Vampire~ itu semua karakter yang telah diolah jadi menawan kalbu. Looks sell bak kata orang kan. Cuba pergi cari cerita Count Dracula dulu-dulu punya movie..... takut giler seh.


    Hah, kalau lah katakan senario gelap gulita tu tadi, kita bawa ke dalam terowong. Ala-ala terowong bawah tanah kat lebuhraya tu, tak pun imagi
    ne sahaja terowong LRT lepas stesen Pasar Seni ke arah KLCC... Bayangkan kalau engkau berada kat dalam terowong yang panjang, seolah olah never ending tu. Gelap gelita sampai tak nampak jari sendiri, lepas tu suasana senyap saja. Panik melanda, kau lari tak tentu arah. Tujuannya hanya satu, nak mencari sumber cahaya walau sebesar jarum. Manusia rasa insecure tanpa cahaya, betul.

    Terowong tu dah la gelap, kau pulak tak tau berapa panjang dan lebar nya. Lari lari lari.... tiba tiba terlari masuk air paras lutut. Alamak, sudah jatuh ditim
    pa tangga. Dah la gelap, ada air apa ntah.. air pembentung ke, air hujan ke... Ntah ada haiwan apa kat dalam air tu.... Oh, panik level meningkat lagi. Seriau-o-meter menaik, seram-o-meter tak payah cakaplah...

    Kau lari ke depan, ke belakang.. semua sama sebab gelap ma
    na lah nak nampak kan. Tapi dalam hati kau percaya, ini memang ada jalan keluar. Kau mengharapkan sekelumit cahaya memancar lah dari mana arah. Harapan tetap digenggam, to lose hope is to die. Setidak tidak nya, kau berharap adalah orang lain yang berada dalam terowong tu. Sekurang kurangnya tidak lah berseorangan. Bak lagu Taylor, two is better than one kan. Mengharap kepada dua perkara, punca cahaya dan teman.

    Punca cahaya mungkin juga adalah hujung terowong. Pepatah Light at the end of the tunnel, tapi mungkin juga cahaya tu di tengah, siapa tahu? Teman, yang menjadi tempat sandaran untuk meluahkan segala ketakutan serta yang menjana kan bersama keberanian.

    Aku, sekarang ni masih berlegar kat dalam terowong itu. Tapi harapan tetap ada. Iya, sejuta harapan. Kalau berkecai, tinggal 999999 lagi.





    0 comments: